Tuesday, November 29, 2011

Seni Silat Gayong


Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, 





Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.


Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).


Untuk menyempurnakan ilmu silat pengamal mestilah menghayati falsafah yang terkandung di dalam ilmu tersebut. Pada zaman dulu hampir kesemua orang mengamalkan silat. Tetapi cuma beberapa yang layak digelar pendekar. Hanya mereka yang mempunyai keutuhan akhlak dan berhemah tinggi mampu mencapai tahap ini.


Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan silat. Setiap perguruan mempunyai gaya dan caranya yang tersendiri. Tetapi umumnya asas silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan.














Silat Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan berketurunan Bugis. Beliau merupakan cicit kepada Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan panggilan Panglima Hitam. Meor Abdul Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang. Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera.


Beliau telah dikhatamkan oleh  "Laksamana Hang Tuah" di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand. Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu, pada masa-masa tertentu.


Perkataan silat itu pada umumnya bolehlah difahamkan sebagai suatu teknik pembawaan bunga-bunga tarian dan pelajaran silat gayong itu pula dimaksudkan kepada buahnya yang sebenar, yang mengandungi hikmat-hikmat kesaktian yang menakjubkan, kepantasan yang luar biasa dan kepintaran yang mengelirukan, yang terkandung di dalam kandungan gerak semula jadi, iaitu pergerakan pantas secara automatik. 



                                                                                                           


Silat Gayong yang mengandungi pelajaran sepak-menyepak, tumbuk-menumbuk, tikam-menikam, tangkap-menangkap, hempas-menghempas, buang-membuang, sekat-menyekat, elak-mengelak, hadang-menghadang, tangkis-menangkis dan seumpamanya lagi itu adalah menjadi pakaian keperwiraan kepada setiap lelaki dan wanita. Pelajaran ini amatlah berguna dalam masa kecemasan bagi mempertahankan diri sebagai perisai untuk menghadapi serangan musuh atau lawan.


Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan dan kepintaran untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata, pertarungan yang seumpama itu biasanya dinamakan Gayong. 



Tetapi pelajaran silat yang dimaksudkan kepada bunga-bunga tarian bagi pelajaran gayong itu adalah lebih merupakan pertunjukan atau persembahan yang tertentu, umpamanya untuk menyerikan sesuatu majlis keramaian, atau kerana sesuatu upacara istiadat di dalam kebudayaan Melayu. Maka di dalam pertunjukan yang seumpama itu, ia tidak lebih dari persembahan sebagai imabsan pertarungan yang dipenuhi dengan keindahan seni bunga-bunga tarian dalam pelajaran silat gayong. Ia disampaikan dengan penuh ketenangan jiwa, sabar dan bertata-tertib dan tertaklub kepada taraf majlis di mana persembahan itu diadakan. Persembahan seumpama itu dinamakan bersilat.









Saturday, November 12, 2011

JENIS/KATEGORI PERISIAN &PERKAKASAN


(http://www.komputer2.files.wordpress.com/)
PERISIAN DAN PERKAKASAN DALAM KOMPUTER
-Peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer
-Ianya terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal.
-Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama;1.) INPUT, 2.) OUTPUT, 3.)
STORAN


1. INPUT





-Mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU.
-Merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai
CONTOH:
  1. OMR,OCR dan MICR
  2. Tetikus
  3. Pen Cahaya
  4. Touch Screen
  5. Tablet grafik
  6. Joystick
  7. Pengimbas Optikal
  8. Mikrofon
  9. Modul Pengecam Suara
  10. Modem
2. OUTPUT

1.Di atas adalah contoh Pencetak
matrik bintik
2. Disebelah kanan adalah contoh Pencetak Laser

  • Paparan Video-menukarkan maklumat yang digunakan oleh komputer kepada maklumat visual.
  • Paparan biasanya terdiri dari 2 bentuk iaitu;
  1. Skrin Video dengan (Cathode ray tube)CRT
  2. Skrin Video dengan (Liguid Crystal Display)LCD
  • Pencetak- mengambil teks imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas
  • Terdapat 2 jenis pencetak;
  1. Pencetak Matrik Bintik (dot matrix)- mengguna dawai halus untuk menghentak "ribbon"bagi membentuk aksara
  2. Pencetak Laser- Guna sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum"dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner diperintah ke atas kertas untuk menghasilkan imej.
3. STORAN
-Mengandungi maklumat dan program untuk diambil oleh komputer
-2 jenis peranti yang utama;
  1. Pemacu Kamera- Stor/gudang yang menyimpan data
  • contohnya: Pemacu CD-ROM
  • kamera Liut
2. Ingatan
-merujuk kepada cip komputer yang menyimpan maklumat yang dapat diakses dengan cepat oleh CPU.
  • Contoh: Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory- RAM)

"Maklumat di atas boleh dirujuk pada laman: http://ibrahim-sukuri.tripod.com/perkakasan

   

ENJIN CARIAN DAN STRATEGI CARIAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_carian_(nyahkekaburan)


ensiklopedia bebas menyatakan bahawa terdapat 2 jenis enjin carian iaitu :-


1. Enjin carian (perkomputeran) : sebuah sistem penerimaan infomasi yang direka untuk membantu mencari infomasi disimpan dalam sistem komputer.
2. Enjin carian Web : sebuah enjin carian direka untuk mengelintar World Wide Web.


Perbincangan tentang Enjin Carian Alternatif selain daripada GOOGLE


Laman ini membincangkan tentang DEFINISI dan juga FUNGSI enjin carian.


Laman ini lebih banyak membincangkan tentang Enjin Carian secara lebih terperinci


Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.

Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com


 


KONSEP BLOG KUMPULAN

LINGKARAN SENI

Ahli kumpulan kami telah memilih konsep "Lingkaran Seni" dalam memaparkan Blog kami ini. Hal ini kerana, kami berpendapat bahawa komunikasi Teknologi Maklumat merupakan salah satu daripada sejuta Seni yang telah ada didunia ini. Seni itu sendiri membawa maksud kreatif atau kehalusan pemikiran seseorang dalam menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat seni. Lingkaran pula membawa maksud pusingan dimana kehidupan kita senantiasa berputar dan walau sejauhmana pun perjalanan seseorang itu akhirnya akan kembali kepada yang asalnya. Teknologi Maklumat boleh disifatkan salah satu seni yang telah dicipta oleh manusia sendiri dalam membantu dalam memudahkan pekerjaan atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Teknologi Maklumat disifatkan seni kerana melalui penggunaan dan kemudahan yang telah dilengkapkan dalam teknologi maklumat ini manusia dapat membina atau membangunkan apa saja jenis senia yang diinginkan. sebagai contoh seni grafik yang memerlukan kepakaran teknologi maklumat. ditambah lagi, melalui teknologi maklumat juga kita boleh menjana pendapatan melalui seni yang kita ada. tidak dinafikan bahawasanya bagi menyifatkan sesuatu seni itu cukup sukar kerana ianya mempunyai skop yang terlampau luas. oleh sebab itu, ahli kumpulan kami telah memilih konsep tersebut

LUDDITES DAN DETERMINIST

TUGASAN PERTAMA :
                                     HURAIKAN MAKSUD LUDDITES & DETERMINIST

Kandungan :1. Definisi
                     2. Huraian
                     3. Contoh

PENGENALAN
Sikap seseorang terhadap teknologi boleh dikategorikan kepada dua iaitu; Luddites dan Determinist.
Pada Mac,1811 hingga Sept.1812, kumpulan pekerja pendalaman di Midland dan Northland, England telah memusnahkan jentera kain (textil) yang diketuai oleh Ned Ludd, (General Ludd/King Ludd
) di mana kewujudan dan identiti sebenarnya belum diketahui.(Liversidge, 1972; Stevenson, 1979 ). Penghasut inilah yang mengenali diri mereka sebagai Luddites (Liversidge, 1972

0. Mereka ini bukanlah pekerja pertama atau terakhirdi England yang memusnahkan kelengkapan / peralatan tetapi orang pertama yang mengenali diri meraka sebagai Luddites (Liversidge, 1972; Stevenson 1979 ). Semenjak itu, istilah Luddites telah digunakan untuk menggiolongkan mereka yang menentang kebaikan / faedah dalam teknologi (Rossney, 1994)."Media Technologies And Society. 2001. Modern Day Luddites.http://www.jour.unr.edu/j705/RP.BANNING.LUDDITE.HTML


LUDDITES
"Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu; neo-luddites, Amish dan Technophobes (fobia)
1. Neo-Luddites (pelbagai kumpulan seperti , penulis, akademik, pelajar keluarga, (Kaneley, 1996 )
-Pembahagian persamaan sikap berkenaan teknologi( Sale,1995)
-Menentang keluasan penggunaan teknologi baru (Brosman, 1998)-musuh dan akibat
-Mengancam manusia (Winner, 1997)- Insaniah
" Media Technologies And Society. 2001. Modern Day Luddites.http://www.blogger.com/goog_1387699843"


2. AMISH
- Dari Neo- Luddites, dan telah mempengaruhi kebanyakkan orang Amish. -Luddites pada hari modern.
-Mereka lebih mempercayai makna dalam masyarakat, bukan keakuran dan perpisahan dalam kalangan masyarakat (Reingold, 1999; Sharp, 1999)-sendiri sudah memadai
CTH: Perempuan hanya bekerja di rumah (suri rumah, petani, menjahit)(The Amish Root,/12)
" Media Technologies And Society. 2001. Modern Day Luddites.http://www.blogger.com/goog_1387699846"

3. TECHNOPHOBES/TECHNOPHOBIC
-Kumpulan terakhir pada abad ke-21 (sekarang)-(Weil dan Rosen, 1994 )
-Setiap reaksi atau tindakan  yang negatif terhadap teknologi.
Simrtom-simtom Technophobes:
1. Mengelakkan/ menjauhi teknologi
2. Penggunaannya limit dan hanya memenuhi permintaan tertentu sahaja
3. Pengalaman yang efektif perlu diguna pakai untuk meningkatkan keselesaan psikologi bila menggunakannya.(Weil dan Rosen,1994)
" Media Technologies And Society. 2001. Modern Day Luddites.http://www.blogger.com/goog_1387699849"



DETERMINIST
-Konsep yang memberi pembatasan berdasarkan kebetulan dalam cara yang telah ditentukan oleh seseorang.(Objek atau peristiwa)
-Mempercayai alam semesta adalah dikuasai oleh keputusan antara hubungan sebab dan akibat dalam satu keputusan yang diberikan.
"Encyclopedia Dictionary 3.0. Meaning and Definition on Determinist"http://www.dictionary30.com/encyclopedia.php?subject=determinist