Saturday, November 12, 2011

KONSEP BLOG KUMPULAN

LINGKARAN SENI

Ahli kumpulan kami telah memilih konsep "Lingkaran Seni" dalam memaparkan Blog kami ini. Hal ini kerana, kami berpendapat bahawa komunikasi Teknologi Maklumat merupakan salah satu daripada sejuta Seni yang telah ada didunia ini. Seni itu sendiri membawa maksud kreatif atau kehalusan pemikiran seseorang dalam menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat seni. Lingkaran pula membawa maksud pusingan dimana kehidupan kita senantiasa berputar dan walau sejauhmana pun perjalanan seseorang itu akhirnya akan kembali kepada yang asalnya. Teknologi Maklumat boleh disifatkan salah satu seni yang telah dicipta oleh manusia sendiri dalam membantu dalam memudahkan pekerjaan atau menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Teknologi Maklumat disifatkan seni kerana melalui penggunaan dan kemudahan yang telah dilengkapkan dalam teknologi maklumat ini manusia dapat membina atau membangunkan apa saja jenis senia yang diinginkan. sebagai contoh seni grafik yang memerlukan kepakaran teknologi maklumat. ditambah lagi, melalui teknologi maklumat juga kita boleh menjana pendapatan melalui seni yang kita ada. tidak dinafikan bahawasanya bagi menyifatkan sesuatu seni itu cukup sukar kerana ianya mempunyai skop yang terlampau luas. oleh sebab itu, ahli kumpulan kami telah memilih konsep tersebut

No comments:

Post a Comment