Sunday, January 8, 2012

BERSEMBANG TENTANG SENI

APA ITU SENI DALAM KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA

MARI BERKONGSI PENDAPAT TENTANG SENI

Sesuatu itu dianggap seni kerana ia mewarnai sesuatu perkara/manusia dengan pelbagai corak kehidupan antara manis, pahit, dan gembira. Ini adalah seni dalam kehidupan.Seni juga bolehdibahagikan kepada seni lukis, seni tari, seni muzik, seni kreatif dan banyak lagi.
Manakala seni visual pula boleh disifatkan kepada lukiran, contengan lakaran atau sesuatu tindakan yang melibatkan luahan hati atau perasaan dengan mengunakan kreativiti melukis dengan mengapresiasikan kehidupan yang dijalaninya dalam bentuk penghayatan iaitu seni visual.

SIAPAKAH YANG BERJIWA SENI?
CUBA TANYA DIRI ANDA..

ADAKAH SAYA SEORANG SENI?
MENGAPAKAH SAYA DIKATAKAN SEORANG SENI ATAU TIDAK?
APAKAH YANG SAYA FAHAM TENTANG SENI?

Seni itu dinamik.setiap tindakan dan pergerakan boleh dikatakan seni, seni kehidupan, seni tangan, seni rekacipta dan banyak lagi.Manusia seni adalah manusia yang kreatif, bijak mengguna akal dan sentiasa peka dengan keadaan alam.Manusia tanpa seni boleh dikatakan manusia yang tidak sempurna kerana tidak boleh menilai keindahan, kesempurnaan  dan gagal menilai dirinya sendiri.Begitulah keunikan dan betapa pentingnya seni dalam diri setiap insan yang bergelar manusia.

Basah dek hujan, terik dek panas,
ketawa dek riang, ketawa dek sakit,
Bukan senang dek kehidupan,
Tapi keazaman dan ketulusan dek perlukan.

Bicara hati, bicara seni,
Menjadi amalan kehidupan sendiri
setiap insan perlu memahami
kurang, lebih perlu diselidiki


Kreativiti adalah seni,
tidak dapat disangkal sama sekali,
keupayaan individu itu sendiri
Dalam mengenali alam duniawi.


Seni itu selalunya dikatakan sesuatu yang indah, seperti menarik perhatian dengan gambar-gambar, tulisan, audio, video dan sebagainya.











No comments:

Post a Comment